Library News

Sesi Libat Urus Pengurusan Perpustakaan Sultan Badlishah: Meningkatkan Kolaborasi Bersama Fakulti Undang-Undang

Merbok, 24 September 2024 – Pengurusan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) telah menganjurkan Sesi Libat Urus yang melibatkan sembilan orang pensyarah daripada Fakulti Undang-Undang. Sesi ini bertujuan untuk membincangkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan serta meneroka potensi kolaborasi antara Fakulti dan Perpustakaan.

Program yang berlangsung dari jam 2:30 petang hingga 4:30 petang ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh kakitangan Perpustakaan Sultan Badlishah. Dalam taklimat tersebut, peneraju program di UiTM Cawangan Kedah diberi pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan serta potensi kolaborasi yang dapat dijalinkan antara Fakulti dan Perpustakaan demi menyokong pembudayaan ilmu secara dalaman.

Sesi ini diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet, yang membolehkan penyertaan yang lebih luas dan fleksibel kepada semua peserta. Selepas taklimat, sesi soal jawab berlangsung, memberikan peluang kepada para pensyarah untuk mengemukakan soalan serta mencadangkan idea-idea bagi meningkatkan kerjasama antara Fakulti dan Perpustakaan.

Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara Perpustakaan Sultan Badlishah dan Fakulti Undang-Undang, seterusnya menyokong pembudayaan ilmu dalam kalangan warga akademik. Melalui kolaborasi yang lebih erat, PSB terus komited dalam menyediakan sumber dan perkhidmatan terbaik bagi memenuhi keperluan pendidikan dan penyelidikan di UiTM secara keseluruhannya.

  

 

For more information :
Chat with Librarian: https://bit.ly/2UQ1Aa2
Official Web: https://library.uitm.edu.my/en/kedah

Like & Follow Us:
Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.