Library News

PTAR : PTJ Pertama Jalani Latihan Digital Document Management System (DDMS) 2.0

26 - 27 November 2024

Shah Alam – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) baru-baru ini telah menyertai latihan Digital Document Management System (DDMS) 2.0 anjuran Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang melibatkan 53 orang staf PTAR. Latihan ini disertai oleh pelbagai pegawai daripada Pendaftar Rahsia, Pegawai Pengelas, Pegawai Rekod Jabatan, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan, hingga Pentadbir Sistem.

Latihan intensif selama dua hari ini merangkumi beberapa sesi utama yang melibatkan Information Workers, pengguna sistem, Pentadbir Sistem, serta Pengurus Rekod. Sesi-sesi ini dipimpin oleh Puan Siti Noorafishah binti Abd Latif, Penolong Pengarah, Puan Rosnani Abdul Karim dan Puan Nur Fazilah binti Ahmad, kedua-duanya Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dari Jabatan Digital Negara. Latihan ini juga disusuli dengan pelaksanaan Go Live untuk sistem DDMS 2.0.

Hasrat utama latihan ini adalah untuk memastikan staf PTAR memiliki kefahaman yang jelas mengenai penggunaan DDMS 2.0 bagi pengurusan rekod jabatan dan universiti. Sistem ini merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah National Key Economic Area (NKEA), Communications, Content and Infrastructure (CCI), Entry Point Project (EPP) 6, yang bertujuan untuk mewujudkan kerajaan tanpa kertas (paperless government). Jabatan Digital Negara bertindak sebagai pembangun sistem manakala Arkib Negara Malaysia berperanan sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan rekod.

Dengan aplikasi elektronik ini, diharapkan pengurusan rekod di PTAR dan seluruh universiti akan menjadi lebih efisien dan teratur. Ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui latihan ini dijangka akan diperluaskan kepada semua warga universiti dalam masa terdekat, sekali gus mempertingkatkan pengurusan maklumat dan rekod di semua peringkat.

 

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.