Library News

Pembudayaan Ilmu: Mobile Library @ MITRANS

Shah Alam, 5 September 2024- Perpustaakaan Tun Abduk Razak Kejuruteraan telah mengadakan sebuah program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang telah berlangsung di Malaysia Institute of Transport (MITRANS) pada 5 September 2024. Program ini telah berlangsung selama dua jam yakni bermula dari 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disertai oleh 10 orang kakitangan MITRANS dan 10 orang staf PTAR Kejuruteraan.

Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kejuruteraan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memudahkan akses kepada sumber perpustakaan dan memperkasakan budaya ilmu dalam kalangan warga universiti dan komuniti sekitar. Antara manfaat yang diperolehi dari program ini adalah: 

  1. Memupuk Budaya Ilmu dalam Komuniti
    Tema "Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa," program ini adalah bertujuan menyemarakkan minat membaca dan budaya ilmu, bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga komuniti sekitar.

  2. Meningkatkan Kesedaran Mengenai Perkhidmatan Perpustakaan
    Pengunjung dapat mengenali pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan, termasuk perkhidmatan digital dan semakan maklumat serta fungsi sebenar sebuah perpustakaan.

  3. Menggalakkan Interaksi dan Kolaborasi
    Ia jugamembuka ruang untuk peserta berinteraksi dengan staf perpustakaan dan sesama peserta, mewujudkan jaringan yang bermanfaat dalam perkongsian ilmu.

Program ini adalah langkah proaktif dalam menyokong misi universiti untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

     

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.