Library News

Kunjungan Hormat Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Perlis Sesi 2024/2025 Ke Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan (PDJH)

Pada 18 Disember 2024 (Rabu), Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan (PDJH), UiTM Cawangan Perlis, telah menerima kunjungan hormat daripada barisan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Perlis Sesi 2024/2025. Lawatan ini berlangsung di Makmal Komputer, PDJH 2 pada jam 3.30 petang.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak perpustakaan dan MPP, serta membuka peluang untuk kolaborasi strategik dalam usaha memperkasa perkhidmatan perpustakaan kepada pelajar. Dalam sesi ini, barisan MPP turut berkongsi maklum balas dan aspirasi mereka bagi memperbaiki kemudahan serta pengalaman pengguna perpustakaan.

Penghargaan dan Harapan
Pihak PDJH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan MPP atas kesudian meluangkan masa untuk kunjungan ini. Usaha ini menunjukkan komitmen MPP dalam menyuarakan keperluan pelajar dan menyokong usaha PDJH untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

Kami berharap jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dalam pelbagai inisiatif yang bakal memberi manfaat kepada komuniti kampus. Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan Majlis Pewakilan Pelajar UiTM Cawangan Perlis Sesi 2024/2025 dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.