Library News

Workshop Effective Reference Management (Mendeley & Endnote Reference Manager)

Workshop Effective Reference Management (Mendeley & Endnote Reference Manager)

Pusat Pengajian Sains Perladangan & Agroteknologi (PPSPA) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menganjurkan 'Workshop Effective Reference Management (Mendeley & Endnote Reference Manager)'. Bengkel ini telah dihadiri oleh para pensyarah yang berminat dan berkelapangan antaranya ialah pensyarah dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) dan juga Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Taklimat semasa bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Adi Azri Mohamad, Pustakawan dan juga Encik Tahir Raya, Pembantu Pustakawan Kanan.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan rujukan menggunakan perisian Mendeley dan Endnote. Melalui bengkel ini, para pensyarah telah didedahkan dengan teknik-teknik penggunaan perisian Mendeley dan Endnote secara berkesan. Bengkel ini juga mengajar para pensyarah bagaimana untuk mencari sumber-sumber rujukan dengan lebih tepat seperti menggunakan Pangkalan Data Atas Talian dan Google Scholar.

Tarikh: 3 Januari 2025 (Jumaat) | 3 Rejab 1446H
Masa: 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Makmal Komputer, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah

Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
.
.
.
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production
Tags:

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.