Library News

Pertandingan Penghujahan Mahkamah Peringkat Kebangsaan Kali ke-6, 2025

Pertandingan Penghujahan Mahkamah Peringkat Kebangsaan Kali ke-6, 2025

Majlis Penutup Pertandingan Penghujahan Mahkamah Peringkat Kebangsaan Kali ke-6 telah berjaya diadakan pada Ahad, 12 Januari 2025. Lokasi PTAR Undang-Undang (PTUU) telah menjadi sebahagian daripada acara yang gemilang ini dimana para tetamu kehormat di dalam bidang guaman negara berkumpul dan sebahagian daripadanya merupakan alumni UiTM. Disamping itu juga auditorium PTUU menjadi lokasi bagi pertandingan akhir bagi Kategori B. Pertandingan ini merupakan kolaborasi diantara Badan Peguam Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan  Fakulti Undang-Undang UiTM. Pertandingan yang dijalankan sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu ini membuka peluang  kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran berargumentasi menggunakan bahasa kebangsaan disamping menguji ilmu di lapangan perundangan. Syabas diucapkan kepada penganjur dan para pemenang!

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.