Library News

Bual@IMPAK Siri 2

SHAH ALAM, 1 OGOS 2024 – Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) baru-baru ini telah mengadakan rakaman siri khas Bual@IMPAK bertajuk Siri Khas Adiwangsa: Mantan Naib Canselor UiTM.

Siri kedua program ini telah menampilkan dua panelis utama, iaitu Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Said, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang keempat, dan Prof. Ts. Dr. Azlina Idris, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM. Program ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Amer Shakir Bin Zainol sebagai moderator.

Perbincangan tersebut memberi fokus kepada pengalaman dan sumbangan kedua-dua panelis dalam pembangunan UiTM, serta pandangan mereka mengenai cabaran dan peluang dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan akademik tentang kepimpinan dalam konteks pendidikan tinggi negara.

Siri Bual@IMPAK ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi pemimpin dan tokoh intelektual dari pelbagai bidang untuk berkongsi pandangan mereka, seterusnya memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap nilai-nilai kepimpinan dan pemikiran kritikal dalam pembangunan negara.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.