Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

History

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu mula ditubuhkan pada bulan Jun 1975 di bangunan sementara Kampus Sura Gate Dungun, Terengganu. Pada tahun 1982 bangunan perpustakaan telah dipindahkan ke bangunan sementara di Kampus Sura Hujung seterusnya nama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Terengganu telah dijenamakan semula kepada Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu sehingga kini.

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu terbahagi kepada tiga kampus iaitu Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu dan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.

Sehingga bulan Jun 2022, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu mempunyai sebanyak 2,193,326 naskhah bahan yang merangkumi buku, majalah berjilid, bahan media, e-book dan e-jurnal. Segala proses pengurusan dalaman perpustakaan dijalankan sepenuhnya secara automasi. Pelanggan perpustakaan boleh mengakses perkhidmatan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu melalui laman sesawang rasmi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, dan 365 hari setahun di pautan https://terengganu.library.uitm.edu.my.

Image

Please publish modules in offcanvas position.