Β
πππππππππππ πππππππ πππππππππ π
πππ ππππππππ πππππππ
- ππͺππ ππππππππ ππππππππππ ππππππ ππππππ
Tarikh: 11 - 15 Ogos 2024 (Ahad- Khamis).
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang.
Penglibatan: 35 orang staf daripada semua bahagian UiTMCT Kampus Dungun .
Pihak Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Rekod Pelajar), UiTMCT Kampus Dungun dengan kerjasama Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah melaksanakan gerak kerja pelupusan Fail Peribadi Pelajar di Bangunan Karah 14, UiTMCT Kampus Dungun. Satu tugasan "Task Force" telah dilaksanakan iaitu aktiviti gotong-royong khas yang diadakan bertujuan untuk melupuskan sebanyak 24,836 buah Fail Peribadi Pelajar yang telah rosak akibat serangan anai-anai.
Kaedah yang digunakan untuk pelupusan Fail Peribadi Pelajar adalah secara dirincih atau dipotong seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Terengganu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi gotong-royong ini.